DUA PENSYARAH JSM TERPILIH DALAM AUDIT SIRIM QAS STAGE 2 IPGKI 2021

Khamis 3 Jun 2021. Dua orang pensyarah JSM iaitu Dr Hairani Haris dan Dr Rajeswari Vellu Pillai telah terpilih sebagai auditi oleh pihak Sirim dalam Audit Sirim Qas Stage ll secara dalam talian yang telah berlangsung bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Aturcara majlis adalah seperti berikut;

a. Ucapan aluan Pengerusi Majlis
b. Bacaan doa
c. Tayangan video korporat
d. Ucapan Pengarah dan perasmian
e. Taklimat audit oleh Auditor

Majlis ini akan dihadiri oleh pegawai-pegawai yang berikut:

a. Tuan Pengarah
b. Tn Timbalan Pengarah
c. Auditor Sirim
d. Semua KJ dan KU
e. Penggerak PT & PP
f. Urusetia Pelaksana Audit
g. Pegawai IPGM

JSM mengucapkan tahniah kepada Dr Hairani dan Dr Rajeswari. Semoga pengurusan JSM akan menjadi lebih mantap dan tersusun pada masa-masa akan datang.




Kongsi:

WEBINAR ANJURAN JABATAN SAINS & MATEMATIK, PROSPEN DAN UPL IPG KAMPUS IPOH


7 Mei 2021. Seorang pensyarah JSM iaitu Dr Noradzimah Abd Majid telah memberi ceramah bertajuk Perancangan Kewangan Berhemah Dalam Pemilikan Aset dan Pelaburan Kewangan Siri 1 anjuran bersama JSM, Prospen & UPL IPGKI seperti butiran berikut :


Tarikh : 07 Mei 2021 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi- 12.00 tengahari 


Ahli Panel:


1. Dr.Hjh. Noradzimah Abdul Majid
(Pensyarah Cemerlang IPG Kampus Ipoh)
2. Pn. Tung Ka Yin
(Pen. Pengurus AKPK Negeri Perak)
3. Prof.Madya Dr. Manvender Kaur a/p Sarjit Singh (Pengarah, Executive Education and Professional Development, UUM)
4. Moderator
Dr. Hj. Mohd Razak Mohd Nordin
(Pensyarah Cemerlang, IPG Kampus Ipoh)

Pihak JSM mengucapkan tahniah semoga menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik untuk berbelanja secara berhemah.

Pautan Youtube

https://www.youtube.com/channel/UC8zrXewQv8KUry7uV8i1Z1A

Kongsi:

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG PENSYARAH IPGKI 2020

                            Pn Rosmah Ramli 

                      Dr Noradzimah Abd Majid

9 April 2021. Dua orang pensyarah JSM telah menerima Anugerah Cemerlang Pensyarah IPGKI 2020 seperti butiran berikut :

Tarikh  : 9 April 2021
Masa     : 8.00 pagi
Tempat : DST

Warga JSM mengucapkan tahniah & syabas kepada Pn Rosmah Ramli dan Dr Noradzimah Abd Majid diatas kecemerlangan & kejayaan yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga JSM untuk mencipta kecemerlangan seterusnya.

Kongsi:

PENDIDIKAN STEM PENCETUS PEMBELAJARAN BERMAKNA

 




8 April 2021. Dua orang pensyarah JSM iaitu Dr Norhasimah Abu Bakar dan Dr Ravikumar Varatharaj terlibat sebagai moderator dan penceramah dalam Program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) anjuran JSM dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan IPGKI mengikut ketetapan berikut :

Tarikh     : 8 April 2021

Masa        : 2.30 ptg

Tempat    : Platform You Tube

Warga JSM mengucapkan tahniah. Semoga program tersebut dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada guru-guru sains dan matematik untuk meningkatkan kecermelangan Pendidikan STEM di dalam negara kita. Berikut adalah link youtube program tersebut bagi sesiapa yang ingin mengikutinya :

https://www.youtube.com/watch?v=8H9NPVoRaSk


Kongsi:

PENDIDIKAN STEM DI MALAYSIA DI MANA DAN KE MANA






6 April 2021. Dua orang pensyarah JSM iaitu Dr Ravikumar Varatharaj dan Dr Rajeswari Vellu Pillai terlibat sebagai moderator dan penceramah dalam Program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) anjuran JSM dengan kerjasama Unit Pembangunan Latihan IPGKI mengikut ketetapan berikut :

Tarikh     : 6 April 2021

Masa        : 10 - 12 tghari

Tempat    : Platform You Tube

Warga JSM mengucapkan tahniah. Semoga program tersebut dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada guru-guru sains dan matematik untuk meningkatkan kecermelangan Pendidikan STEM di dalam negara kita. Berikut adalah link youtube program tersebut bagi sesiapa yang ingin mengikutinya.

https://www.youtube.com/watch?v=kQMZ_NRjliE

Kongsi:

JURULATIH MOLIB KEBANGSAAN

 



MoLIB adalah singkatan Modul Latihan Intervensi Berfokus & Terbeza -Numerasi.  Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah dipertanggungjawab dalam melaksanakan penyebaran MoLIB dalam Program Literasi dasn  Numerasi (PLaN) Sekolah Rendah di bawah Inisiatif PPPM#24 kepada 800 buah sekolah rendah yang terpilih di seluruh Malaysia.Bengkel MoLIb telah berjalan sejak awal tahun  2020   hingga sekarang di IPGM. 2 orang pensyarah IPGK Ipoh yang terlibat dalam MoLIB adalah Dr Hjh Noradzimah bt. Abdul Majid dan En Johnson a/l Savarimuthu.  

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah sepanjang tahun 2020 dan 2021adalah: 

  1. Penerbitan buku  Penyebaran MoLIB kepada pensyarah IPG di seluruh Malaysia.





  1. Penyebaran MoLIB kepada 800 buah sekolah di seluruh Malaysia


Penyebaran MoLIB ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia akan berjalan pada awal bulan April sehingga hujung  buln Mei 2021 seperti jadual di bawah.

  1. Penyebaran MoLIB kepada pensyarah IPGK seluruh Malaysia telah dijalankan pada 28-30 September, 2020 menerusi bengkel TOT Numerasi MoLIB  di bawah inisiatif PPM#24 Program Literasi dan  Numerasi Sekolah Rendah (PLaN), 2020

  2. Jadual penyebaran MoLIB kepada seluruh pensyarah IPGK di seluruh Malaysia adalah seperti berikut:

  3. Penglibatan daripada pensyarah seluruh IPGK adalah memuaskan  di mana jumlah pensyarah yang terlibat  adalah kira-kira 23 orang. Semua pensyarah yang terlibat dalam bengkel ini telah diberikan sijil  dan telah dilantik sebagai Jurulatih Zon.

  4. Penyebaran MoLIB kepada Pensyarah IPG Sabah dan Sarawak Secara Dalam Talian

  5. Tarikh:  22-25  Mac, 2021

  6. Jumlah pensyarah: 40 orang



Disediakan oleh:

Dr. Hjh Noradzimah bt Abdul Majid (IPGK Ipoh)

Ketua Jurulatih Kebangsaan Zon Utara.

Kongsi:

LAPORAN WAKIL PEPERIKSAAN SEM 1 JSM 2O21

 


28 Mac 2021. Berikut ialah laporan Peperiksaan OBT (Open Book Test) Mei Semester 1 Tahun Akademik 2021 bagi PISMP dan PPISMP akan dilaksanakan secara dalam talian. Bagi semester ini, enam kursus dari Jabatan Sains dan Matematik akan mengendalikan OBT. Proses moderasi dan permurnian juga dijalankan secara dalam talian iaitu melalui platform Google Classroom yang dihasilkan oleh UPP. Permurnian/Moderasi peringkat JSM dirancang dari 10-12 Mac 2021. Penyelaras peperiksaan jabatan telah memastikan panel dilantik, menetapkan tarikh mesyuarat pemurnian dan surat lantikan dikeluarkan. Ketua penggubal bertanggungjawab Invite panel (wakil JIP, JBM dan JB) berkaitan ke GC pemurnian kertas soalan OBT.


Selamat menjalankan amanah.


             Liew Phaik Hoon

      Jabatan Sains & Matematik

      Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

      Hulu Kinta, Perak.

Kongsi:

Berita Terkini

Jabatan Sains dan Matematik

Search This Blog

Powered by Blogger.

08.01.2025 - Showcase Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) dan Objek Pembelajaran Bermakna (DLO) Semester Ogos- Disember 2024.

Tahinah diucapkan kepada Dr. Low Jie Ying, Dr. Ravintheran A/L Kalimuthu dan Hajah Noor Hasiah bt Sulaiman penerima sijil sebagai peserta sh...