JURULATIH MOLIB KEBANGSAAN

 



MoLIB adalah singkatan Modul Latihan Intervensi Berfokus & Terbeza -Numerasi.  Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah dipertanggungjawab dalam melaksanakan penyebaran MoLIB dalam Program Literasi dasn  Numerasi (PLaN) Sekolah Rendah di bawah Inisiatif PPPM#24 kepada 800 buah sekolah rendah yang terpilih di seluruh Malaysia.Bengkel MoLIb telah berjalan sejak awal tahun  2020   hingga sekarang di IPGM. 2 orang pensyarah IPGK Ipoh yang terlibat dalam MoLIB adalah Dr Hjh Noradzimah bt. Abdul Majid dan En Johnson a/l Savarimuthu.  

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah sepanjang tahun 2020 dan 2021adalah: 

  1. Penerbitan buku  Penyebaran MoLIB kepada pensyarah IPG di seluruh Malaysia.





  1. Penyebaran MoLIB kepada 800 buah sekolah di seluruh Malaysia


Penyebaran MoLIB ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia akan berjalan pada awal bulan April sehingga hujung  buln Mei 2021 seperti jadual di bawah.

  1. Penyebaran MoLIB kepada pensyarah IPGK seluruh Malaysia telah dijalankan pada 28-30 September, 2020 menerusi bengkel TOT Numerasi MoLIB  di bawah inisiatif PPM#24 Program Literasi dan  Numerasi Sekolah Rendah (PLaN), 2020

  2. Jadual penyebaran MoLIB kepada seluruh pensyarah IPGK di seluruh Malaysia adalah seperti berikut:

  3. Penglibatan daripada pensyarah seluruh IPGK adalah memuaskan  di mana jumlah pensyarah yang terlibat  adalah kira-kira 23 orang. Semua pensyarah yang terlibat dalam bengkel ini telah diberikan sijil  dan telah dilantik sebagai Jurulatih Zon.

  4. Penyebaran MoLIB kepada Pensyarah IPG Sabah dan Sarawak Secara Dalam Talian

  5. Tarikh:  22-25  Mac, 2021

  6. Jumlah pensyarah: 40 orang



Disediakan oleh:

Dr. Hjh Noradzimah bt Abdul Majid (IPGK Ipoh)

Ketua Jurulatih Kebangsaan Zon Utara.

Kongsi:

LAPORAN WAKIL PEPERIKSAAN SEM 1 JSM 2O21

 


28 Mac 2021. Berikut ialah laporan Peperiksaan OBT (Open Book Test) Mei Semester 1 Tahun Akademik 2021 bagi PISMP dan PPISMP akan dilaksanakan secara dalam talian. Bagi semester ini, enam kursus dari Jabatan Sains dan Matematik akan mengendalikan OBT. Proses moderasi dan permurnian juga dijalankan secara dalam talian iaitu melalui platform Google Classroom yang dihasilkan oleh UPP. Permurnian/Moderasi peringkat JSM dirancang dari 10-12 Mac 2021. Penyelaras peperiksaan jabatan telah memastikan panel dilantik, menetapkan tarikh mesyuarat pemurnian dan surat lantikan dikeluarkan. Ketua penggubal bertanggungjawab Invite panel (wakil JIP, JBM dan JB) berkaitan ke GC pemurnian kertas soalan OBT.


Selamat menjalankan amanah.


             Liew Phaik Hoon

      Jabatan Sains & Matematik

      Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

      Hulu Kinta, Perak.

Kongsi:

MESYUARAT BULANAN JSM (BIL 3/2021)


29 Mac 2021. Mesyuarat JSM kali ke 3 telah dijalankan yang dihadiri oleh 16 orang pensyarah dan KJ seperti ketetapan berikut :

Tarikh  : 29 Mac 2021 (Isnin)

Tempat : Makmal Fizik

Masa     : 2.30- 4.00 ptg

Kongsi:

E - PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN UNIT S8 2021




24 Mac 2021. Seramai 13 orang pelajar unit S8 major matematik pada hari ini mengadakan e-pembentangan penyelidikan seperti butiran berikut :

Tarikh   : 24 Mac 2021

Masa      : 8 pg - 5 ptg

Tempat  : Google Meet

Diharap semua pelajar dapat melakukan pembentangan yang terbaik dan dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan dengan tenang dan yakin. Berikut ialah montaj penutup pembentangan kajian pelajar unit S8 :

https://youtu.be/GnzjHhxWfvg

https://drive.google.com/file/d/1xtiKsgwnBaHDPFquH19Meg-WQQPfvRgA/view

Kongsi:

ISU SOSIO SAINTIFIK DALAM PDPC SAINS

18 Mac 2021. Pada 17 Mac 2021 JSM dan USM telah menganjurkan Webiner bertajuk Isu Sosio Saintifik dalam pdpc Sains dimana 2 orang pensyarah JSM yang terlibat iaitu Dr Rajeshwari Vellu PiIlai dan Dr Norhashimah Abu Bakar. Tahniah diucapkan di atas sumbangan tersebut.

Kongsi:

KURSUS PENGURUSAN REKOD DAN FAIL 2021

17 & 18 Mac 2021 : 2 orang pensyarah JSM iaitu KJ En Roslan Saari dan En Khiril Anuar telah menghadiri kursus Pengurusan Rekod di Dewan Seri Melati. Kursus ini disampaikan oleh Tn Hj Ahmad Sukri bin Abdul Kadir, Ketua Seksyen(S52), Seksyen Konsultasi dan Latihan dari Arkib Megara Malaysia. Kursus ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPGK Ipoh En Kadri Fazil bin Rahman. Kursus ini  berlansung selama dua Hari daripada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Kongsi:

Lulus Sebagai Google Certified Educator Level 1

 




18 Mac 2021. Pada bulan disember 2020 yang lalu seorang pensyarah dari Unit Sains iaitu Dr Rajeswari Vellu Pillai telah lulus sebagai Google Certified Educator Level 1. Warga JSM mengucapkan tahniah diatas kejayaan tersebut.

Kongsi:

Berita Terkini

Jabatan Sains dan Matematik

Search This Blog

Powered by Blogger.

08.01.2025 - Showcase Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) dan Objek Pembelajaran Bermakna (DLO) Semester Ogos- Disember 2024.

Tahinah diucapkan kepada Dr. Low Jie Ying, Dr. Ravintheran A/L Kalimuthu dan Hajah Noor Hasiah bt Sulaiman penerima sijil sebagai peserta sh...