LATIHAN PEMBANGUNAN STAF (LPS) JSM 2022

30hb Mac 2022. Pada hari ini telah diadakan Latihan Pembangunan Staf (LPS) kali pertama bagi JSM untuk tahun 2022 telah diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh: 30 Mac 2022 (Rabu)

Tajuk: Bengkel Gaya Hidup Sihat

Masa: 8.30 pg -1.30 ptg

Tempat: Bilik Masakan RBT

Pakaian: Track bottom & T-shirt- sesuai utk memasak









Semoga ilmu yang diperolehi dapat diamalkan sebagai gaya hidup sihat terutama dari segi pemakanan dan senaman harian yang sihat. Sekian terima kasih laporan daripada penyelaras LPS JSM Dr. Ravintheran.

Kongsi:

ANUGERAH PENGHARGAAN PORTAL PALING AKTIF TAHUN 2021 KEPADA JABATAN SAINS & MATEMATIK (JSM)

4hb Mac 2022. Tahniah diucapkan kepada JSM kerana menerima anugerah jabatan yang paling aktif dalam memuatnaik aktiviti & berita jabatan dalam portal IPGKI tahun 2021.


Admin mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah JSM kerana telah memberi komitmen & kerjasama yang baik memberi maklumat, aktiviti & berita jabatan untuk admin masukkan ke dalam portal IPGKI secara aktif. Diharap komitmen tersebut dapat diteruskan pada pada masa akan datang.


Semoga JSM akan terus berkembang maju menjadi jabatan terbaik dalam memberi sumbangan & bimbingan kepada warga pendidik seluruhnya.


Kongsi:

LAWATAN PENANDA ARAS RAKAN ELIT TS25 IPGKI

25hb Jan 2022. Seramai 18 orang pensyarah IPGKI telah menghadiri Program Lawatan Penanda Aras Rakan Èlit seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 25 Jan 2022

Masa : 9.00 pagi

Tempat : SK Seri Selamat Setiawan



JSM diwakili oleh Dr Noradzimah bt Abd Majid. Diharap aktiviti lawatan tersebut dapat merapatkan hubungan antara SK dan IPGKI dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi sekolah-sekolah di negeri Perak.


Kongsi:

MAJLIS ANUGERAH PEMERIKSA DALAMAN (PD) UNTUK SESI 2021

21 Jan 2022. JSM mengucapkan tahniah kepada 2 orang pensyarah iaitu Dr. Ong Yoke Mooi dan Cik Ho Wen Jye Pensyarah Kanan JSM kerana telah melaksanakan tugas sebagai PD (Pemeriksa Dalaman) dengan cemerlang sepanjang tahun 2021. 

                            Dr Ong Yoke Mooi

Ck Ho Wen Jye

Kedua-dua tokoh ini telah menerima Sijil Penghargaan dari Timbalan Pengarah IPGKI sempena Majlis Perhimpunan Organisasi Bulan Januari 2022 Anjuran Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA).
Kongsi:

PENSYARAH JSM EN JOHNSON AL SAVARIMUTHU TELAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL PAKAR PANTAI IPOH

20hb Jan 2022. Seorang pensyarah JSM En Johnson al Savarimuthu telah dimasukkan ke Hospital Pakar Pantai kerana mengadu sakit dada & sesak nafas yang telah dibawa ke hospital oleh rakan sejabatan Dr Ravintheran. Beliau disyaki sakit jantung dan tersumbat satu saluran. 

Pihak JSM mengucapkan takziah dan mendoakan semoga En Johnson dan keluarga dipermudahkan segala urusan dan kembali sembuh seperti sediakala. Difahamkan En Johnson akan bercuti sakit selama 4 minggu dan akan menjalani proses terapi.



Kongsi:

MESYUARAT PERTAMA AJK LAMAN WEB IPGKI 2022

14hb Jan 2022. Jawatan Laman Web IPGKI telah mengadakan mesyuarat pertama bagi tahun 2022 yang dihadiri oleh 20 ahli mewakili semua jabatan dan unit. JSM diwakili oleh En Khiril Anuar selaku Web Master JSM. Mesyuarat dipengerusikan oleh En Ridza Ahmad Nizam Abd Raof daripada JTP yang membincang hala tuju JK pada tahun 2022 seperti butiran berikut :

Tarikh  : 14 hb Jan 2022

Masa     : 3.00-5.00 ptg

Tempat : Bilik Bestari






Semoga JK dapat bergerak dengan lebih berkesan dan lancar dengan adanya lantikan ahli baru bagi tahun 2022. Sekian.



Kongsi:

PROGRAM RINTIS MODUL DOING STEM IPGM/ IPGKI

10hb Nov 2021. Program Pemberian Sijil kepada wakil SK Pasukan Polis Hutan PK Pentadbiran sempena Program Rintis Modul Doing Stem anjuran IPGM/ IPGKI yg melibatkqn 30 orang guru STEM dan 50 orang murid- murid2 tahun 2 dan tahun 3 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10-30 hb Nov-30

Masa : 8.00 pg. 

Tempat : I  

Harapan semoga guru2 dan murid- dapat memahami dn mengaplikasi stem di dalam PDP yg sememannya amat penting dlm   revolusi ir4.0

[27/01, 1:35 pm] AzimahIPG: Tp perlaaksanaan rintis ini tahun lps.  😨

Kongsi:

Berita Terkini

Jabatan Sains dan Matematik

Search This Blog

Powered by Blogger.

08.01.2025 - Showcase Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) dan Objek Pembelajaran Bermakna (DLO) Semester Ogos- Disember 2024.

Tahinah diucapkan kepada Dr. Low Jie Ying, Dr. Ravintheran A/L Kalimuthu dan Hajah Noor Hasiah bt Sulaiman penerima sijil sebagai peserta sh...